Selasa, 30 Disember 2008

Gabra

Badan masih lagi terasa akan keletihannya. Jumaat lepas kami sibuk dengan pendaftaran pelajar baru. Kelmarin pula sibuk dengan pendaftaran pelajar lama.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sebaiknya.

Dan hari ini masih lagi ada sebilangan kecil pelajar yang belum mendaftar. Beginilah keadaanya setiap awal semester baru bermula. Dan biasanya kami akan sibuk semula pada pertengahan semester dan hujung semester.

Tak terasa pula masa berlalu, dah pun habis cuti semester. Kini bermula lagi episod baru bagi semester ini dan sedikit masa lagi untuk tahun baru 2009.

Ya Allah permudahkanlah kami dalam mengharungi hari - hari yang akan datang. Amin.

Aku menjadi gabra bila memikirkan akan hampirnya 'Tahun Baru' ini, kerana aku teringatkan pada seseorang...'Hanya Tinggal Sehari' sahaja lagi.

Apakah kesudahannya.

Tiada ulasan: