Rabu, 3 Disember 2008

Harusnya Bagaimana...

Aku baru sahaja hendak bermula. Tapi aku rasa seperti berat untuk meneruskannya. Ketika rakan – rakan lain sedang berjalan aku baru sahaja merangkak. Dan bila aku ingin memulakan langkah yang pertama untuk berjalan. Aku terjatuh. Ingatkan aku sudah cukup kuat untuk berdiri dan melangkah untuk berjalan. Rupanya tidak.

Aku tersungkur dan merangkak semula. Bilakah aku akan dapat berjalan semula . Aku pun tak pasti. Bukan aku kehilangan kekuatan diri tapi seakan aku tiada ruang disini. Aku sesak.

Aku menarik nafas sedalam – dalamnya. Merenung jauh dan cuba mengingatkan diriku bahawa perjalanan ku kali ini bukan mudah. Tapi aku yakin dan percaya tiada yang mustahil. Aku memikirkan dan cuba untuk mengatur langkah seterusnya.

Banyak kisah yang dibaca, banyak juga cerita yang aku dengar semuanya menjadi iktibar. Dan perjalanan ku kali ini mungkin agak lambat dari kebiasaanya.

Apapun, lambat atau cepat semuanya bergantung pada perancangan seterusnya. Semoga semuanya akan diberkati olehNya.

Persediaan perlu untuk berhadapan dengan semua kemungkinan yang bakal berlaku pada masa – masa akan datang. Hakikatnya, Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.

Cuma, aku teringat dua hari lepas bila aku berjumpa dengan seorang senior lama di IP. Dia mengatakan tentang 'Nasib'. Dia yang kini tengah berusaha untuk mendapatkan peluang bekerja bimbang akan permainan 'politik dalaman' yang sama ada sedar atau tidak ada berlaku didalam mana - mana organisasi. Sebelum aku meninggalkan dia, dia sempat melontarkan keluhan dan rasa kebimbangan bahawa sekarang 'nasib' seseorang itu juga ada ditangan orang lain.

Aku terfikir, apa benar seperti apa yang dikata.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

1 ulasan:

teratai biru berkata...

salam...
nak kawin erk....tahniah2...jgn lupa ye kad jemputan.:-)