Sabtu, 6 Disember 2008

Ku Tahu...

Minggu pertama di bulan 12 telah pun berakhir. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi yang tinggal sebelum semester baru bermula. Dan hari Isnin depan adalah cuti umum sebab Hari Raya Adiladha. Mungkin aku tak balik kampung. Sudah menjadi kebiasaan aku akan beraya Adiladha di KK sahaja. Tapi kesian pula kat adik aku sebab mereka plan nak datang KK bila aku balik kampung.

InsaAllah jika tiada aral melintang aku teringin nak balik kampung masa terdekat ini, Cuma tak pasti bila.

Aku ingin menceritakan disini tentang apa yang yang aku rasa selama 3 hari yang lalu, kerana aku masih lagi di bayangi oleh kejadian itu. Aku benar – benar berharap agar aku dapat melupakan semua itu. Tipu jika aku tidak merasa sedikit pun ngan apa yang telah berlaku.

Maaf pada mereka yang kini berada disekeliling ku terutama dua [ 2 ] lagi SKP dan juga rakan sekerja aku yang mungkin kurang senang dengan 'tingkah' ku sejak kebelakangan ini. Apapun, aku ucapkan terima kasih banyak - banyak meskipun ku tahu kalian tidak selesa dengan kelakuan ku. "Terus terang lebih baik daripada terus mengelak"

Dan ketika aku berjumpa dengan ‘pakcik’ pada rabu lepas, kami berbual panjang tentang banyak perkara. Itu pertemuan ku yang pertama kali dengan ‘pakcik’, seakan aku telah lama mengenalinya.

Pertemuan itu membuatkan aku mengenali lagi siapa ‘dia’ sebenarnya. Bapa dan emak mana yang tak sayangkan anak. Ibubapa mana yang tak nak melihat anaknya berjaya. Impian dan harapan besar diletakkan pada anak mereka ini.

Namun pertemuan ku itu pasti mengundang rasa tidak senang baginya, macam mana aku tahu ?!

kerana aku bisa merasainya.

Tiada ulasan: