Jumaat, 26 Disember 2008

Pendaftaran Pelajar Baru

Lebih kurang jam 4 pagi aku tiba - tiba terasa panas. Gelap.

Rupanya bekalan elektrik terputus. Ingatkan sekejap, tunggu. Rupanya sampai siang masih lagi tak ada elektrik.

Hari ini pendaftaran pelajar baru. Sedikit risau sebab tak ada elektrik.

"Encik bila elektrik ada?" soal seorang PM
[ Nota : PM yang dimaksudkan adalah Peers Mentor yang membantu di sepanjang berlangsungnya Minggu Mesra Siswa ]
"Tak tau lagi" Jawab ku.
"Ada ibubapa pelajar tanya" sambungnya lagi.
"Bagi tau jak kat durang, bekalan elektrik terputus dari luar, SESB tengah buat pembaikan"

Dan lebih kurang jam 10 pagi kalau tak silap aku baru ada bekalan elektrik. Lega.

Lepas solat Jumaat, tengok keadaan mendung jak. Tak lama lepas tu hujan turun. Kesian juga tengok pelajar - pelajar baru bersama ibubapa dan keluarga mereka yang datang untuk mendaftarkan anak mereka ke'hujanan'. Dan samalah juga pada Staf dan pelajar - pelajar yang bertugas.

Lebih kurang jam 5 lebih hujan berhenti, tapi masih renyai2.

Esok kami akan sambung kerja semula, sebab pasti ada lagi yang baru datang kerana kelewatan seperti lazimnya berlaku pada semester2 lepas.

Keletihan.

4 ulasan:

afizah berkata...

kesiannya..
dun wori...

tapi tadi hujan gila kan.. mcm mau nangis jak drive balik rumah tadi.. ngeriii!!

N A Z M I E S K I berkata...

Routine Tahunan......

Selamat Bekerja... :)

Bayukk berkata...

Fifi...hati² drive time hujan owh...

napa tak singgah dulu berteduh...he3x.

Bayukk berkata...

Nazmi...

macam tulah tu kiranya...