Ahad, 7 Disember 2008

Terima Kasih

Semalam selepas balik dari Terminal di Inanam, aku cadang nak jumpa Tom, sebab dah janji nak jumpa dengan dia. Tapi dia busy pula. Tak jadilah nampak gayanya nak jumpa dia. Kebetulan dah dekat terminal tu aku ternampak kereta pakcik yang aku jumpa rabu lepas tu.

Called pakcik jumpa dia kejap sambil minum².

"Bukan giliran pakcik kah sekarang?" soalku

"Bukan...lama lagi" jawab pakcik.

Tak lama telefon pakcik berdering, dah masuk giliran. Perbualan kami berakhir disitu. Aku bergerak ke KK.

Ontheway balik umah, ada miskol dari c "H"...sebab aku call tak dapat dan tidak berjawab. Rupanya HP tu ada masalah. Huhuhu. Skrin HP blank. Aku called.

Sebelum perbualan itu berakhir, dia sempat bagi tau aku.

"Esok aku puasa"
"Puasa apa? aku bertanya.
"Entah...aku dengar tadi durang bilang ada kelebihan dia kalau puasa esok 8 Zulhijjah..." sempat juga dia explain kat aku.
" Ooo iya...bha ialah puasalah kita"

Tadi pagi bila aku tanya samada dia berpuasa hari nie.

Puasa jawabnya.

Kelebihan Bulan Zulhijjah yang aku sendiri 'ter'lupa akan kelebihannya.

1. Kelebihan Bulan Zulhijjah -01
2. Kelebihan Bulan Zulhijjah - 02
3. Kelebihan Bulan Zulhijjah - 03
4. Kelebihan Bulan Zulhijjah - 04


Aku ucapkan terima kasih pada 'dia' atas peringatan ini. Semoga hari akan lebih baik dari hari esok dan hari esok lebih baik dari hari ini. InsaAllah, Amin.

1 ulasan:

Tommy Alanzo berkata...

AKU INGAT TOM YG KO MAU JUMPA TU AKU LAH BAH... HWA3