Isnin, 5 Januari 2009

Biasa Dan Luar Biasa...

Hari ini aku pegi keja macam biasa. Semangat seperti biasa. Breakfast juga menu biasa. Di tempat yang memang aku biasa.

Awal pagi di tempat aku keja, aku berjumpa dengan orang yang memang aku biasa. Cuma ketika ini berjumpa dia dalam keadaan luar dari pada kebiasaan yang aku jumpa. Aku rasa macam pelik sedikit. Tapi semuanya berjalan seperti biasa. Be profesional.

Tengahari tadi aku makan sama² dengan Zul dan Abang Karim. Terima kasih pada Kak Kaseh sebab bagi 'lombo' [ Nota : Sambal ] kegemaran ku. Bertambah berselera kami makan tengahari tadi. Alhamdulillah.

Belum pukul 3 petang, Abang Karim terima called dari adik dia. Bapanya di hantar ke hospital Queen. Semoga semuanya akan baik² belaka. Aku berharap kepada siapa pun yang singgah D' Teratak ini supaya sama² lah kita mendoakan agar kesihatan bapa Abang Karim akan cepat sembuh. Amin.

Selepas solat maghrib. Aku menjadi sayu sekejap...Kenapa?

Bila aku melihat pada tali leher yang bergantung.

Bukan ianya tidak bertuan
Bukan ianya tidak ku pakai

Memang aku pakai pagi tadi. Tali leher yang aku suka dan yang aku paling sayang sekali. Tali leher itu betul² mengingatkan aku pada seseorang.

Aku tidak bisa membohongi diriku sendiri. Jauh di sudut hati ku bertanya...

Apakah khabarnya orang disana?


~ Tali leher ~

5 ulasan:

Rosmah berkata...

salam ..
sudikan lah singgah ke http://sayanganees.blogspot.com

Bayukk berkata...

Salam.

terima kasih juga kat akak sebab add aku kat blog akak..he3x.

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahah, saya sudah tak biasa datang kesini, walaupun saya biasa datang ke sini, dan biasa beri komen biasa-biasa...

Seingat saya, ada sesuatu yang pernah kamu sentuh mengenai tali leher ni dulu... Tapi saya lupa pula karya yang manasatu. Biasalah, orang biasa seperti saya, biasa lupa....

Aahahahahah, saya biasa ketawa macamni.... Ahahahah

jumardi_alkhawarizmi88 berkata...

i miss all the laughed you all.... hope we can always smile and throw away our problem far from our life!! but, what we hope are not always achieve...

Bayukk berkata...

Thanks Jumar.

Semua pun berkeinginan begitu.

InsaAllah, semuanya akan baik² belaka.