Khamis, 29 Januari 2009

CNY Part 2 : Pisang Emas Vs Pisang Goreng


Seteleh semua kerja – kerja pembuangan di tangki minyak selesai. Perjalanan ke KB bermula lebih kurang jam 12.50 tenghari.

Panas terik.

Aku sedikit risau. Ini kali pertama aku berdepan dengan masalah ‘salah isi’ minyak. Tapi itu bukan penghalang pada aku untuk tidak meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Jumar risau.

Dia menyuarakan hasrat yang sama untuk tidak meneruskan perjalanan kami ke KB apatah lagi ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat. Jai diam seribu bahasa dan hanya sesekali bersuara.

Terasa sedikit ada ‘cabarannya’ dan pasti akan menjadi ingatan yang ‘sweet and sour’ bila terkenangkan ‘detik ini’ dimasa akan datang. Itu aku bilang pada mereka berdua. Dan mereka hanya mampu untuk mengiyakannya. Pasti.

Nik SMS memberitahu lokasi keberadaanya. Dia meminta kami menunggunya. Keinginan untuk berkunjung ke tamu Kota Belud [ KB ] tidak kesampaian. Tapi itu bukan pokok utama kerana aku sudah pernah merasai kemeriahan suasana ber’tamu’ dihujung minggu di Daerah Kota Belud yang terkenal dengan pembuatan parangnya bersama dengan family ku dahulu.

Pusing – pusing di sekitar kawasan tamu dan pekannya. Selepas itu kami tinggalkan pekan KB menuju ke kudat. Dan dalam perjalanan kami sempat singgah membeli pisang goreng. He3x.

Alhamdulillah.

Akhirnya kami merasa juga pisang goreng panas.

To Be Continue CNY Part 3...

1 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Kuta Bulud, kita pernah sampai... uhuhuhuhuhu