Jumaat, 30 Januari 2009

CNY Part 3 - Tip Of Borneo


Syukur Alhamdulillah kami sampai jua ke destinasi yang di tuju. Menyulusuri jalan untuk sampai ke Tip Of Borneo kami melalui hamparan pantai yang terbentang luas. Cantik.

Pertemuan antara laut china selatan dengan laut sulu. Panas terik tapi angin kuat menghilangkan kehangatan mentari.

Jumar dan Jai kelihatan gembira dan sedikit teruja dengan keindahan yang terdapat di Tip Of Borneo. Bagi mereka yang baru menjejakkan kaki pastinya akan terpukau dengan keindahan alam semula jadi yang terdapat di sana. Deruan ombak dengan angin kuat sambil melihat laut yang tidak bertebing. Tak terungkap dengan kata – kata. Allah maha berkuasa.

Meluangkan masa seketika disana sambil memerhati gelagat para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar masing2. Pastinya sebagai kenangan suatu hari nanti.

Tip Of Borneo telah dijejaki. Hasrat Jumar dan Jai untuk menjejakkan kaki ke sana telah tercapai. Plan nak ajak Usman sekali tapi kebetulan pada hari berkenaan dia terlibat dengan program BASMI. Meskipun tangan Jai cedera akibat kemalangan kecil tapi dia kelihatan ‘ok’ sahaja.


Cerita sebenar napa dia cedera kat sini :: Disini ::

Dah alang – alang kami sampai ke Kudat, kami sempat meronda di pekan Kudat. Banyak kedai tutup sebab cuti CNY.

Sebelum berangkat pulang kami singgah di rumah Nik.

Terima kasih pada Nik sekeluarga kerana sudi menerima kedatangan kami dan menjamu kami waktu itu. Time tu aku tengok Jumar dan Jai menjadi pemalu dan bersopan santun serta berbudi pekerti. He3x. Biasalah adik Nik perempuan pula yang menghidangkan makanan tu.

Aku lapar pada waktu itu. Tapi kontrol. Rasanya Jumar dan Jai pun sama.

Siap bergambar2 lagi di rumah Nik. Bapa Dan Emak Nik minta kami stay tapi kami terpaksa pulang juga malam itu sebab Jai ada janjitemu pada esok hari.


Selepas solat maghrib kami bertolak dari rumah Nik. Perjalanan pulang sedikit menimbulkan keresahan padaku kerana hujang lebat.

Syukur padaNya kami selamat juga sampai di KK, dan kami singgah di Telipok untuk menjamu selera sebelum pulang ke Kampus.

Esok hari [ Isnin ] kami plan nak pegi Keningau.

To Be Conntinue CNY Part 4 ~ Trip ke Keningau.

2 ulasan:

smurf .... berkata...

uiks , cantik betul pemandangan kat situ .. buat saya terliur jer ... InsyaAllah cuti akhir tahun nanti saya akan ke sana ...

Azhar Ahmad berkata...

Wahhhh seronoknyeerrr, jenjalan....