Rabu, 28 Januari 2009

CNY Part 1 : Petrol Vs Diesel

Selamat Tahun Baru cina pada semua.
Gong Xi Fat Choi

Hampir seminggu aku tidak meng'update' Teratak ini. Ini bermakna kisah seminggu lepas tak termasuk di entri. He3x.

Dan pastinya cuti CNY baru² ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang bercuti balik kampung halaman. Dan mungkin juga ada yang membuat program masing - masing bersama keluarga atau rakan - rakan. Termasuklah aku.

Tak kisahlah yang penting. Hepi.

Hari Ahad baru - baru ni, aku, Jumar dan Jai plan nak pegi Kota Belud dan terus ke Tanjung Simpang Mengayau [ Nota : Tip of Borneo ] di Kudat. Kebetulan pula sekarang tengah cuti pertengahan semester.

Jam lebih kurang 9.00 pagi kami bertolak dari rumah. Nik kebetulan nak balik Kudat pada hari yang sama cuma dia bergerak tengahari. Dan kami janji akan jumpa dia nanti bila sampai Kudat.

Singgah sekejap di pekan Tuaran untuk isi minyak kereta. RM50.00 bagi di kaunter untuk isi minyak. Aku ke Toilet.

Lepas dari Toilet menuju ke kereta. Aku tergamam seketika.

kenapa?

Gambar dibawah ini menceritakan segala - galanya.

Seorang Pakcik yang sedang isi minyak kereta di belakang kami memberitahu.

Pakcik : Jangan kamu 'istat' [ nota : start ] enjin kereta tu.

Aku diam sambil memerhatikan pakcik yang datang ke arah kami.

Pakcik : Kamu sorong saja dia pigi [ Nota : pergi / pegi ] siring [ Nota : ke tepi ]

Kami akur.

Aku : Bha pakciklah disini.

Pakcik itu mengemudi stering kereta ku di bantu oleh Jumar, Jai dan seorang pemuda Tuaran yang baik hati untuk menolak kereta ku ke tepi. Terima kasihlah sebab sudi tolong kami ketika itu.

Pakcik tu suruh kami cari mekanik berhampiran untuk buang semua minyak diesel. Ini kali pertama aku berhadapan dengan masalah ini. Aku menarik nafas sedalam - dalamnya. Apakah perasaan aku ketika itu?

Aku tak salahkan 'dia' [ Nota : orang 'ter'salah isi minyak ] dalam perkara ini. Mungkin ada hikmahnya.

Pencarian mekanik di sekitar pekan Tuaran menghampakan kami. Di depan kedai sudah ada notis makluman mereka menutup premis kerana bercuti CNY.

Called Syelvester. Mekanik di bengkel tempat aku selalu servis kereta.

Alhamdulillah. Dia boleh datang. Dan biasanya kadar tertentu akan dikenakan untuk kerja - kerja outstation mereka. Kadarnya sama macam aku isi minyak tu.

Nak buat sendiri boleh, tapi tiada pengalaman. Dari apa yang berlaku aku dapat belajar ilmu baru.

Time tunggu mekanik datang. Kami masih mencari kedai bengkel yang masih buka. Kebetulan pula ada sebuah lagi bengkel yang masih beroperasi. Tapi busy.

Dia minta kami bawa keretaku ke bengkelnya. Aku pandang Jumar dan Jai.

Tak jadi.

Rehat dan sarapan sambil makan rojak dan soto ayam.

Balik semula ke seten minyak.

Rupanya kami kena cari oleh Staf Stesen shell sebab kereta ku menghalang laluan lori minyak shell yang datang menghantar bekalan minyak ke stesen berkenaan.

Kami tolak sekali lagi kereta aku masuk ke dalam bengkel stesen.

Mekanik belum sampai. Kami pegi K-Box. He3x.

Sempat lagi menyumbangkan lagu. Dari K- BOx kami ke G-Mart [ Supermarket ala² jayen ] yang baru buka dan lepas tu ke kedai 2 Ringgit. Saja untuk mengisi masa menunggu mekanik datang.

Tak lama kemudian. Syelvester Called bagi tau dia dah kat keta aku.



Operasi membuang minyak diesel.



Syelvester tengah bertungkus lumus. Dan hampir 2 gelen [ Nota : gelen macam kat dalam gambar tu ] minyak yang terpaksa dikeluarkan dari tangki kereta aku.

Selesai.

Misi untuk bergerak semula ke KB dan Kudat bermula.

Sebelum meninggalkan pekan tuaran, kebetulan hari itu adalah hari ahad dan ada tamu. Aku minta 'mereka' [ Nota : Jumar dan Jai ] beli pisang goreng untuk di makan ketika dalam perjalanan.

Aku kehampaan sekali lagi.

Sebab bukan pisang goreng yang dibeli tapi pisang emas. Sekali lagi mungkin ada hikmah disebaliknya.

Belum pun jauh kami meninggalkan Pekan Tuaran. Nik mesej...'Dimana sudah?'

To be Continue CNY Part 2...

1 ulasan:

afizah berkata...

wahhh.. i never know klu salah isi minyak jadi gitu serius..