Khamis, 8 Januari 2009

Jiwa Lara

Buang yang keruh
Ambillah yang jernih

Aku mengambil pendekatan untuk tidak menambah keruhnya suasana. Aku cuba untuk berfikiran positif. Aku cuba untuk melupakan apa pun yang telah berlaku sebelum ini.

Susah memang susah
Dan terasa amat payah sekali. Aku gagahkan jua.

Dari apa yang berlaku semalam hingga hari ini. Nampak macam 'sia - sia'. Aku lakukan semua ini sebab aku mahu semuanya akan kembali normal seperti sediakala.

Aku kuatkan semangat. Meskipun aku tahu segala usaha aku itu 'berkemungkinan' akan menjadi baik atau sebaliknya.

Sebagai manusia biasa aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua orang dan terutama insan² yang berada disekeliling ku selama ini.

Yang pernah aku sakiti hatinya. Maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah aku lakukan.

Aku Minta maaf banyak².

2 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Ceritalah dengan jelas apa yang berlaku... Ada ramai kawan yang bisa membantu. Ya... di sini. Di teratak ini...

Bayukk berkata...

Zar,

Terima kasih atas kesudian bertandang ke Teratak ini.

terima kasih juga sebab sudi membantu aku...:)