Sabtu, 3 Januari 2009

Keberangkalian...

Semalam aku jumpa Tom.

Lepas makan kami bersembang panjang. Dan selepas itu, aku terfikir mungkin ada benarnya apa yang Tom perkatakan.

Aku ada ceritakan pada entri ku "Tahun Baru Tapi"...yang meletakkan aku sekarang dalam keadaan serba salah. Masih tergiang² di telinga ku akan apa yang diperkatakan oleh Tom.

"Aku rasa mungkin dia tak pegi ke tempat tu" tegas Tom.

Dan aku tiba - tiba teringatkan pada Pak Mat. Aku ada terserempak dengan pak Mat di IP ngan anaknya. Pak Mat ada menyebut nak pegi tengok 'Auto Show' sebab Man anaknya yang ajak. Mungkinkah juga 'dia' ke sana. Aku tiba² teringatkan keadaan yang sama ketika dia berada di Kudat. Ingatkan dia pegi ke tempat itu, rupanya tidak.

Aku menjadi semakin serba salah.

Aku benar² berharap aku silap kali ini. Dan aku sanggup menanggung kesilapan itu. Jika benar dia tidak pergi ke tempat itu...Ya Allah alangkah berdosanya aku.

Buat masa ini aku sendiri tidak berani untuk bertanyakan dia tentang hal itu. 2 hari lepas aku pernah mesej dia bertanyakan hal itu. Namun, dia langsung tidak membalas apatah lagi menjawab panggilan ku. Aku tahu dia marah.

Fikiran dan perasaan ku terus diganggu oleh persoalan itu. Sedaya mungkin aku cuba untuk melupakan semua itu. Aku cuba memberikan diriku ruang dan peluang untuk memulakan sesuatu yang baru.

Tom pesan...pegilah minta maaf.

Memangpun aku sudah meminta maaf atas apa yang telah berlaku. Dan aku benar - benar berharap agar apa yang berlaku di Tahun baru itu adalah atas kesilapan andaian ku semata - mata.

Teringat kata Jai Lebih baik diam dari terus bersuara...Dan aku juga ada bilang padanya.

"Lebih baik terus terang dari terus mengelak"

Tiada ulasan: