Jumaat, 2 Januari 2009

Tahun Baru Tapi...

Ketika kalian sedang bergembira, bersuka ria menyambut kedatangan tahun baru. Aku cuma sedikit gembira. Kedatangan tahun baru pada tahun ini seperti biasa aku menyambutnya di rumah. Cuma kali ini aku bersama – sama dengan beberapa orang rakan menantikan detik itu.

01.01.2009 adalah merupakan salah satu tarikh yang juga penting dalam hidup aku. Jika kalian baca pada entri ku sebelum ini. Memang ada yang tersurat dan tersirat di sebalik cerita itu.

Kesal, Geram, Sakit Hati, Marah dan Kecewa semua pun ada dalam aku menempuhi hari pertama di Tahun baru. Aku sama sekali tidak menyangka kenapa ‘orang’ yang aku amat kenali sanggup menjejakkan kakinya ke tempat yang tidak sepatutnya dia pergi.

Memanglah masing² punya cara tersendiri untuk menyambut kedatangan Tahun baru...tapi oleh kerana aku kenal dia, dan dia sendiri pernah bilang yang dia tidak akan menjejakkan kaki ke tempat itu. Sekarang apa jadi?!

Perlukah kita meraikan tahun baru dengan mengunjungi tempat – tempat begitu barulah kita merasakan akan kehebatan dan keseronokan malam di ambang tahun baru. Tercalar memang tercalar perasaan ku bila aku mengetahui dia pergi ke tempat itu. Kenapa dia tidak berfikir panjang? Kenapa dia perlu ikut kawan – kawan pergi ke tempat itu. Geram.

Dia bukannya tidak tahu, malah lebih dari tahu. Dia juga antara insan yang aku kenali yang selalu menjaga 'tiang' agama. Bab – bab agama memang di akan jaga. Meskipun waktu itu dia hanya pergi untuk suka – suka bersama – sama dengan kawan – kawan. Tetapi MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Berulangkali juga aku mengulangi ayat keramat itu. Tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Aku juga jahil namun untuk menjejakkan kaki ke tempat itu aku minta sangat – sangat agar aku bisa menjauhinya. Semoga Allah tetapkan pendirianku.

Dalam pada itu aku amat – amat berterima kasih pada rakan – rakan yang sudi dan tanpa jemu memberi nasihat padaku. Aku berharap sangat – sangat agar ada kawan yang bisa mengingatkan aku ketika aku ‘ter’lupa, ketika aku alpa. Dan membetulkan aku ketika aku silap. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa – jasa kalian.

Mungkin aku bukan kawan yang baik baginya. Tapi sejahat – jahat aku pun aku tidak akan mengajak kawan – kawan aku kepada perkara – perkara kemungkaran. Dan setelah berfikir panjang. Menimbang baik buruknya demi untuk kebaikkannya dan masa depannya. Aku minta maaf kerana ini bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini. Namun aku yakin dan percaya semua ini pasti ada hikmahnya.

Sambil menarik nafas, Aku merasakan ini adalah saat yang terlalu getir buat aku. Bukan mudah. Dan aku rasa cukuplah setahun. Bukan mudah untuk aku menempuhi 365 hari yang lalu. Lumrah hidup, setiap pertemuan ada perpisahan. Semoga pertemuan dan perpisahan ini akan dirahmati, dipelihara serta dilindungi Allah.

Amin.

1 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Hummm... kadang-kadang, kita tak perasan, Tuhan tunjukkan kita sesuatu yang kita tak tahu... Yang kita nampak baik sebenarnya tidak... Syukurlah kerana masih menerima rahmat darinya...

Apa yang saya cakap ni? Uhuhuhu....