Isnin, 12 Januari 2009

Tiba - tiba aku berubah...

Tiba - tiba aku rasa tak sedap hati. Entah kenapa?

Tadi ok jak aku rasa. Napa pula aku rasa lain tiba² nie. Tak kan sebab tu kot.

Petang tadi ada pelajar datang jumpa. Tanya pasal alat elektrik yang nak di daftarkan. [ Nota : Minggu ni adalah minggu untuk pendaftaran alat elektrik bagi pelajar ² yang tinggal di Kolej ].

Dia dah tanya di Kaunter dan dimaklumkan oleh staf tak boleh daftar sebab tak ada dalam senarai. Dia Temper.

So, dia datang jumpa saya dengan harapan dia akan mendapat kebenaran untuk mendaftarkan peralatan elektrik tersebut. Tapi jawapan yang sama aku berikan pada dia.

Itu menyebabkan dia 'naik darah'.

Tapi...

Bagusnya pelajar nie, sebab dia datang jumpa dan bertanya pada kita.

Tapi yang buat kita terasa hati tu, bila dibagi tau akan kebenarannya dia menunjukkan 'ketidakpuasan hati' tu. Sambil berlalu meninggalkan pejabat, ada staf yang bertanya.

Jadi macamana?
Sama juga tidak boleh daftar...jawab pelajar berkenaan.
'Nah kan'...balas staf tersebut.

Di pintu masuk dia [ pelajar ] tersebut 'membebel'

Mengapa pula tidak boleh?
Tidak apa ada cara lain juga tu...

Apa Motif dia cakap begitu?!

5 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Ohhhh... Takkan dia bawa mesin basuh kottttt... Takkanlah....

Zool Blogger berkata...

Biasalah pelajar.. Kadang2 degil amat.. Tak nak ikut peraturan..


Zool ligakampung.com

Bayukk berkata...

Zar,

itu lagi tak boleh...hehehehe.

Bayukk berkata...

zool Blogger.

Thanks singgah kat teratak ini...

itulah pasal, tapi nak buat mcm mana kan...sabar jer lah...:)

Mak Su berkata...

kenapa ya? tak puas hati kot + geram sikit :p