Ahad, 1 Februari 2009

CNY Part 4 ~ Trip ke Keningau

Isnin [ 26 Januari 2009 ] Lebih kurang jam 10.41 minit pagi. Jumar, Usman dan aku bersiap untuk bertolak ke Keningau. Tapi kami bertolak agak lambat menunggu Jumar bersiap. Plan untuk sambung aktiviti kelmarin dari Kudat. Kali ini kami cuba menjejaki air terjun.


5 minit sebelum jam 3 petang kami sampai di pekan Tambunan. Sempat juga kami singgah dan rehat sekejap di Gunung Emas. Sedikit hampa sebab aku menjangkakan kawasan tersebut akan dipenuhi kabus seperti kebiasaanya. Jangkaan ku melesit.

Tiba di Tambunan kami singgah di Tugu peringatan Mat salleh dan di Tambunan Village Recreation Centre [ TVRC ].





Masing – masing terasa lapar, kami singgah di pekan sebelum meneruskan perjalanan.
Ron sms Usman. Dia bagi tahu jalan untuk ke Manhua [ tempat air terjun ] bengkang bengkok dan masuk jalan kampung dan dia sendiri tak pasti sama ada jalan untuk sampai ke Manua berkeadaan elok atau sebaliknya.


Kakak sepupu aku pesan kalau hujan jangan mandi takut air tiba2 banjir. Mengambil kira faktor keselamatan serta waktu yang agak terhad ketika itu. Cadangan untuk ke Manhua terpaksa kami lupakan.

Sebelum meneruskan perjalanan kami rehat dan solat sekejap di Masjid Tambunan.

Di Keningau, pusing kawasan pekan. Walaupun cuti CNY kelihatan pekan masih juga di banjiri orang ramai dengan aktiviti – aktiviti harian mereka.

Kami singgah di Masjid Keningau. Solat dan berehat seketika.

Singgah di rumah pakcik aku. Sempat juga aku bersembang dengan pakcik, makcik, kakak – kakak aku dan abang sepupu aku. Rindu pula dengan mereka. Kakak sepupu aku ada sebut pasal ‘Bunsit’ [ Nota : Merupakan salah satu taman yang ada sungai ]. Terlintas di fikiran ku untuk singgah di sana.

Dalam perjalanan pulang. Kami menyelusuri jalan ke Bunsit dan bermandi manda.


Bertolak balik KK jam 7 malam dan sampai di KK jam 9. 30 malam. Singgah makan di pasar KK. Badan terasa penat dan ingin sekali cepat sampai ke rumah.

2 ulasan:

afizah berkata...

Happy birthday

etuza berkata...

hello! salam persahabatan, ronda-ronda blog org keningau jumpa pula blog u, jemput ke blog saya, kcc promosi ni baru belajar bah!
http://ezawarna-warnakehidupan.etuza.blogspot.com