Sabtu, 7 Februari 2009

Hujan dan Punch Card

Jumaat - 06 Feb 09 : Hujan seharian dari malam hinggalah kepetang.

Lepas solat jumaat singgah sekejap kat Restoren Kak Tini dekat Politeknik, dalam perjalanan tu air sudah mulai naik di kawasan ARL di kedua - dua jalan nak menuju ke KK dan Ke Karambunai .

Redah banjir.

Petang tu ada taklimat bersama Pendaftar. Program mulai jam 3 petang. Tutup Ofis lagipun program abis dekat jam 5 petang.

Biasalah lepas program ada jamuan. Makan lagi. Syukran.

Malam ada meeting ngan JPK. Meeting mula jam 9. Aku direct dari opis terus ke meeting. Bincang pasal aktiviti dan perkara - perkara berkaitan dan berbangkit. Selesai.

Cuma...

Seperkara yang menggusarkan aku pasal aku punya punch card. Pagi tadi aku nampak kad tu kat tray aku. Dan sepuluh minit sebelum jam 9 aku nak punch out tapi kad aku tiada di rak. Called Abang Karim. Tak dapat. Tanya Zul. Dia tak tahu.

Sudahnya aku tak dapat nak punch out. Aku cuba recall di mana aku letak kad tu.

Aku tak ingat.

2 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Bayukk... Universitas kamu masih lagi guna punch card? Walla, seingat saya universitas kamu paling advance...

smurf .... berkata...

salam ..

ada tu , tak ke mana nya !