Rabu, 18 Februari 2009

Minggu yang penuh dengan...

Minggu lalu kira minggu yang padat bagi aku.

8 – 10 Feb - Bengkel KIK.
11 Feb - Mesyuarat & Kelas
12 Feb – Juri Pertandingan Karoke ( Accountancy fair ) & Kelas
13 Feb - Perjumpaan PPP bersama – sama pelajar lama siswa dan siswi.
14 & 15 Feb - Modul Pembangunan Pelajar .
16 Feb - Aku cuti setelah terasa betul penatnya bermodul. Seronok memang seronok bila bermodul. Cuma baru – baru ini aku tak dapat bersama – sama pelajar modul semester 03 disebabkan aku dan En. Ardey [ Merangkap ketua PPP ] terpaksa pergi ke hospital Queen Elizebeth.

Pagi 15 Feb ( Ahad ) :
Aku masih mamai. Kedengar bunyi loceng di rumah. Tapi oleh kerana aku masih mamai time tu, aku cuba untuk mengamati bunyi tersebut datangnya dari mana. Dan dalam masa yang sama aku dengar perbualan walkie talkie pengawal keselamatan yang bertugas pagi itu yang meminta no. HP ku dari Pos Utama. Tak lama HP ku berdering. Memang sah bunyi yang loceng yang aku dengar tadi tu datangnya dari rumah aku sendiri.

Buka pintu rumah.

Kelihatan seorang lelaki bersama isterinya berdiri di depan pintu rumah. Dia memperkenalkan diri.

‘Assalamualaikum’.

‘Walaikumsalam.’

dimana bilik Mohd Safwan Abjun?’

Kenapa? soalku

‘Kami mau ambil barang – barangnya sebab tadi pagi dia terlibat dengan kemalangan. Dia sudah tiada.’

Apa?! Soal ku sekali lagi.

‘Meninggal sudah dia. Itulah kami datang sini, sebab lepas nie kami mau urus lagi di Hospital Queen.’ Sambung Abang itu lagi.

Aku terdiam seketika. Terkejut dengan berita yang disampaikan pada ku seawal pagi itu.

Aku kejutkan housemate ku ( Encik Ardey ) dan maklumkan dia berita yang baru saja aku terima pagi itu agar dia dapat memaklumkan pada Penolong Pendaftar HEP. Sementara aku membawa abang bersama isterinya ke bilik arwah.

Pintu tidak berkunci. Roomate arwah masih tidur. Kedengar ayat – ayat suci al – quran yang dipasang. Memang kebiasaan pada hari – hari lainnya itulah juga yang akan kedengaran.

Dari sumber yang terdekat yang diperolehi. Kami dimaklumkan bahawa Arwah telah di langgar oleh seseorang yang memandu kereta waja yang memandu dalam keadaan mabuk.

Kali terakhir aku melihat arwah ialah ketika program Accountancy Fair. Dan sebelum itu, selalu berjumpa dengan dia di jalan baru balik atau sedang menuju ke surau di Kolej B4.

Apapun, semoga roh beliau akan ditempatkan bersama – sama dengan orang yang beriman disisiNya. Amin.

Al – Fatihah.

1 ulasan:

- a z h a r F e y T - berkata...

aku pun hari tu terkejut~
klau aku ada sana aku yang panic~~
al-fatihah