Rabu, 11 Februari 2009

Part 01 - Dua Kali aku mencintai mu

14 Februari semua pun tahu akan tarikh itu. Saat yang ditunggu – tunggu oleh mereka yang ‘berkasih’. Walaubagaimanapun, tidak semua meraikan tarikh itu atas pendirian individu masing – masing.

Hakikatnya semua punya cara untuk menghargai insan yang mereka sayangi. Kadang – kadang pasti akan kedengaran persoalan ini.

Apa itu CINTA?

Setelah hampir sembilan tahun mengharungi suka duka dalam dunia bercinta. Bersabar dan cuba bertahan untuk mempertahankan perhubungan dan rasa kasih pada insan yang disayang. Tiada lain yang diharapkan melainkan biarlah perhubungan yang terjalin berakhir sampai di jinjang pelamin. Itulah sebaik – baik yang diinginkan bagi pasangan yang bercinta.

Samada kalian bersetuju atau tidak dengan pernyataan ini dan apa juga yang aku tuliskan disini. Itu aku serahkan pada kalian untuk menentukannya.

Dalam bercinta, merasa bahagia memanglah. Duka pun sama.

Laut mana tidak bergelorakan? Begitu jugalah kita yang ‘bercinta’.

Perhubungan mesti ditunjangi dengan KEJUJURAN bagi kedua – dua pasangan, jika tidak.

Hancur.

Aku kenal dia telah lama sejak kami sama – sama di Kampus. Dia memang seorang yang happy go lucky. Kami mula rapat sejak sama – sama terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan bersama. Aku senang bercakap dengan dia. Dia seorang yang bisa memahami.

Bukan saja aku, malah ramai di antara rakan – rakan di kampus senang berkawan dengannya. Meskipun ada segelintir yang tidak suka dengannya. Itu lumrah.

Masa berlalu, dan hari – hari selama sembilan tahun itu penuh dengan pelbagai cerita. Dulu dia pernah terluka. Dia benar – benar kecewa.

Tapi dia bersabar. Dan melawan waktu getir itu sendirian. Kali ini dia terluka lagi juga oleh orang yang benar – benar dia sayangi. Mampukah dia berdepan dengan semua ini?

Sekali lagi situasi ini sememangnya tidak akan berlaku pada semua orang. Cuma adakah kita menyedari.

Kenapa begitu mudah dilafazkan. “I LOVE YOU”

Apakah perkataan keramat itu hanya sekadar lafaz yang tidak membawa apa – apa makna?

Dilafazkan tanpa jiwa, sebab itu meskipun perkataan itu diulang berulangkali ia pasti tidak akan memberi kesan ‘kecintaan dan kasih’ pada yang menerimanya.

To be continue....

2 ulasan:

Butterfly... berkata...

semoga di temukan dgn org yg lagi baik... Amin..

zizu berkata...

yang jauh lebih baik,beriman, bertanggungjawab,rela berkorban demi insan yang dicintai..... Amin.........