Selasa, 17 Februari 2009

Part 2 - Dua Kali Aku Mencintai mu

Genap 6 hari aku tidak menulis disini. Dan aku ingin sekali menghabiskan 'penceritaan' ini.

Lewat beberapa hari ini. Aku tidak berjumpa dengan dia. Hanya SMS sahaja yang bisa diberikan. Bila dia terasa 'down' atau mengingati bekas Kekasihnya. Pasti ada SMS yang akan aku terima.

Peranan aku disini sebagai seorang kawan ialah cuba membantu dia untuk terus kuat menghadapi semua permasalahan yang dihadapinya ketika ini. Meskipun hakikatnya terlalu perit untuk dia melalui semua itu.

Syukur alhamdulillah, perlahan - lahan dia kelihatan semakin berkeyakinan dan punya kekuatan untuk berdepan dengan hari - harinya. Melupakan yang lalu sudah pasti menjadi salah satu agenda utamanya.

Kehadiran rakan² serta ahli keluarganya juga memberikan dia banyak inspirasi untuk terus bersemangat meniti hari - hari yang baru dengan semangat yang lebih jitu. Namun, aku juga tahu jauh disudut hatinya masih ada sekelumit rasa 'terpendam' yang pasti akan membuat hatinya tersentuh.

Tempoh 9 tahun bukan satu jangka masa yang singkat. Banyak kenangan suka dan duka yang harus dilupakan serta dilenyapkan dari diari kehidupannya. Perpisahan 'dia' dengan BF nya adalah atas dasar BF nya yang curang kerana punya kekasih lain. Ini kali ke 2 BF nya lakukan perkara yang sama.

Pengorbanannya selama ini bagaikan 'tiada makna' di mata lelaki [ Bekas BF ] ini.

Kami sebagai rakan juga terasa amat bersimpati dengan semua ini. Dan sedikit gembira kerana dia terlepas dari 'cengkaman' sang kekasih yang 'berpura - pura' disebalik kecintaannya yang tidak jujur.

Semoga dia akan terus tabah menghadapi semua ini.

Pasti ada sinar bahagia untuknya...Amin.

4 ulasan:

Mak Su berkata...

moga kawan mu terus kuat

Butterfly... berkata...

semoga semuanya akan berakhir... Amin...

zizu berkata...

Ya Allah, berilah kekuatan untuk dia meneruskan hidup, dan berilah dia insan yang benar2 menyanyanginya..... Amin.....

Bayukk berkata...

Zizu ~ terima kasih...amin.