Selasa, 24 Februari 2009

Persediaan

Hari ini aku kena buat beberapa perkara sebelum pegi ke Shah Alam. Jadi tidak lah teruk nanti aku kena 'cover' semuanya bila balik dari Shah Alam.

Esok seawal jam 8.30 pagi kami kena bertolak. Bermakna aku kena bangun awal seperti biasa sebab transport akan ambil kami dulu sebelum jemput yang lain.

Malam ni aku kena kemas barang. Satu pun belum lagi sedia. Tadi petang baru hantar kasut nak dijahit. RM15.00 upah untuk gam + jahit kasut aku. Nasib sempat siap.

Semoga semuanya akan berjalan dengan baik. Dan semestinya akan aku post kan disini nanti apa jua yang terjadi dalam perjalanan @ 'trip' ke Shah Alam ini nanti.

Petang tadi ada 'orang itu' cakap. Kenapa tak bagi tau dia awal². Dia kata aku sengaja tak nak inform dia.

Aku tersenyum kecil.

2 ulasan:

mohdfarhan berkata...

jgn lupa souvenir utk aku..hehehe

smurf .... berkata...

Salam ...
Semoga selamat sampai ke Shah Alam , and have a nice trip ..