Ahad, 22 Februari 2009

Teruja

kelmarin joggoing di tempat biasa di Likas. Aku, Usman dan Jumar.

Sampai jak ke tempat tu dah dekat jam 6 petang. Misi tetap diteruskan. 2 orang ni nampak bersemangat untuk meneruskan jogging.

Biasanya aku akan berjalan kaki untuk satu pusingan lepas tu baru mula untuk berjogging. Dan macam tu jugalah aku pesan dengan mereka berdua. Tapi durang buat tak kisah. Almaklumlah teruja. he3x.

Dan aku memulakan perjalanan ku seperti biasa.

Tak lama kemudian aku lihat si Jumar terhenti dari meneruskan lariannya. Usman tetap bertenaga untuk meneruskan larian. 3 round juga di abiskan. Boleh tahan.

Lepas berjogging kami singgah di Sadung [ Nota : tempat makan ].

Jus Avocado, jus honey 'diu', Nasi putih + sup ayam, Nasi paprik, kueh teow goreng ayam + telur mata, Sup tulang dan pisang goreng menjadi santapan kami. Misi untuk menguruskan badan aku agak perlahan jika begini keadaannya.

Hari ini plan nak pegi tamu ngan Tom. Dia mesej aku awal pagi. Tapi aku tak dapat nak bergerak sebab badan terasa amat letih. Bukan disebabkan oleh jogging semalam. Tapi keadaan aku yang tak berapa sihat. Ini dah masuk hari ke3 aku merasakannya.

Tom called dia ajak pegi umahnya. Aku ajak usman.

Sampai umah Tom dia kejutkan aku dengan kamera Nikon D90 nya yang baru. Arrrgghhh terujanya aku ngan 'benda' tu. Fuh ! bestnyer. Apalagi aku mulalah snap sana snap sini. Hati ku berbunga2.

Tak sabar menunggu kamera baru ku. he3x.

Di rumah Tom sempat lagi dia ajar kami main piano. Seronok rasanya. Itupun membuatkan aku teruja.

Tak lama lepas tu adik aku called. Dia bagi tau dia ada di KK. Aku hepi. Terus plan nak jumpa dia. Ambil durang adik aku di wisma Merdeka dan bawa dia ngan kawan2 dia pegi One Borneo.

Keadaan petang ni hujan, durang nak tengok sunset. Tapi apa boleh buat, dari jam 2 petang tadi hujan. So, tak jadi.

D'One B. Aku sengaja membiarkan mereka menerokai One B, supaya mereka merasa bebas dan seronok disini. Aku ngan Usman kat Cyber dan aku menulis entri ini.

Thanks to Tom, ati, zz [ BF ati ], Usman, Adik aku ( Erney ), Putik dan merily sebab menceriakan kehidupan ku hari ini.

Malam ini aku ada program perjumpaan PPP bersama - sama pelajar baru.

Terasa sekejap masa berlalu untuk melalui 'saat - saat' seronok bersama kalian.

1 ulasan:

Butterfly... berkata...

hepi bila bersama teman2... ble buat aktiviti yg menyeronokkan..

* zz sempat puji suara org menyanyi td... dia ckp.. sampai nda ble tidur oo... hahhaha

anyway... thanks kafle n usman... kerana sudi bertandang keruma.. ada masa dtg lagi...