Isnin, 18 Mei 2009

14 - 17 Mei - Sarawak

14 Mei, seawal jam 4 pagi kami kena bertolak ke Airport ( Terminal 2 ). Kali ini berjaya juga rombongan Staf UPK untuk membuat lawatan ke UiTM Sarawak setelah sekian lama dirancangkan. Aku antara orang yang akan diambil awal di Klaster B.

Malam itu aku belum packing barang - barang aku lagi. Dan sempat lagi aku lepak ngan kazen aku di Pekan Inanam. Rasa letih sangat.

Balik Rumah. Mandi.

Tidur dan plan nak bangun selepas itu ( tengah Malam ) sebab nak kemas barang - barang keperluan yang nak dibawa ke Sarawak. Dan disebabkan keadaan itulah aku tidak cukup tidur dan terasa mengantuk sangat.

Kali ini lawatan kami terasa seronok sangat sebab Tom dan Lina ikut sekali. Berjalan sakanlah kami di Sarawak. Water front antara lokasi persinggahan kami.

Alhamdulillah. Merasa juga kami Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Nasi Ayam penyet. He3x.

Kebetulan malam Final AF kami masih lagi di Sarawak, Jadi kakak - kakak tu nak sangat tengok AF, jadi aku pun joinlah sekali untuk menyaksikan konsert Final AF. Lagi pun nak tengok siapa bakal jadi juara AF 7 kali ini. Akhirnya tekaan aku tepat sekali bila Hafiz dinobatkan sebagai Juara AF 7. He3x.

1 ulasan:

Butterfly... berkata...

Asalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi mengajak dan membawa kami bersama... kenangan manis dan indah yg tidak mungkin dilupakan..

~tomcute & Lina~