Ahad, 3 Mei 2009

BEL Vs PRO

Pelik.

Memang tak bermotivasi langsung aku semester nie. Kenapa ek???!

Disebabkan last semester aku dapat keputusan yang 'TERUK', aku plan aku semester ni untuk ambil subjek 'sikit' sahaja. Namun amat mengecewakan sekali kerana keputusan aku untuk berbuat demikian tidak disokong dengan semangat serta kekuatan motivasi yang tinggi untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan kali ini.

Bel dan PRO ( Public Relations ) itu antara subjek aku semester ini. Bel tiada final. Dan aku hanya berdepan dengan PRO. Tapi seperti yang aku katakan tadi aku tersasar dari perancangan asal.

Siang tadi ( Sabtu ) jam 2.15 petang aku sekali lagi melangkag masuk ke dewan peperiksaan.

Aku 'zero'. Fikirian ku rasakan kosong.

Apa matlamat aku sebenarnya?

1 ulasan:

- a z h a r F e y T - berkata...

hahahahahah
lucu betul la en kafali ni
tu la~