Isnin, 25 Mei 2009

Isnin Ini.

Pagi tadi aku sempat pegi ke pasar SAFMA di KK. Awal pagi lagi sudah bergerak ke sana. Biasalah mau mencari ikan segar. Alhamdulillah beroleh juga aku ikan yang segar - segar dengan harga yang amat berpatutan.

Di Pejabat hari ini aku perlu menyiapkan beberapa lagi perkara berkaitan dengan permohonan kolej yang perlu dikemaskini dalam sistem e-kolej. Bantuan SKP juga diperlukan. Terima kasih pada SKP sekalian kerana bantuan yang telah mempermudahkan lagi kerja - kerja memproses permohonan.

Tarikh untuk mengumumkan keputusan bagi permohonan telah di tetapkan dan sebab itulah kami kena memastikan semuanya akan selesai pada tarikh yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, telefon di pejabat selalu saja berdering bertanyakan tentang 'itu ini' pasal proses permohonan kolej oleh rakan sekerja. Aku harap aku bisa membantunya.

Tiada ulasan: