Ahad, 3 Mei 2009

The Moment

Keadaan lengang ketika kami sampai di tamu Gaya Street. Mungkin disebabkan ramai orang mengambil peluang untuk pulang ke kampung. Selesa berjalan di KK pagi ini.

Pagi sebelum ke tamu, kami sarapan sama - sama di rumah. Mee goreng yang dimasak banyak lebihnya. he3x. Adik aku ingatkan mee tu sama ngan mee yang biasa di masak di kampung dan yeng menbuatkan aku tertanya² begitu banyak supermarket di KK nie, aku nda pernah jumpa mee goreng yang selalu kami beli.

Selesai kami berjalan di tamu. Kami pegi ke wisma dan ke sinsuran.

Masak jugalah durang adik aku ( Jusli ) dan uncle aku menunggu kami dalam kedai tu. Aku menemankan adik aku membeli beberapa keperluan barang bizniznya. Semoga Bizniznya ini akan membuahkan hasil. Amin.

Jam hampir ke pukul 12. Kami bercadang untuk balik rumah. Keletihan.

Makan sambil layan movie. Bestnya.

Nda lama adik aku bagi tau, Jumat ( Nota : kawan sekerja adik aku ( anong ) ) mesej dia, durang kena balik juga petang ni sebab ada meeting esok.

Alamak.

Adalagi barang yang belum dibeli. Pesanan my mum, adik bungsu aku ngan anak buah aku.

Alhamdulillah. Jumpa juga barang yang dipesan cuma pesanan anak buah aku ngan bungsu aku tidak sempat. Tapi penat mencari tuhan jak yang tahu. He3x.

Lebih kurang jam 9 lebih durang adik aku bertolak balik ke Beluran.

Tinggal aku ngan my uncle lagi di rumah.

sunyi.

Aku rindukan moment itu.

Tiada ulasan: