Jumaat, 22 Mei 2009

SINGKAT

Setelah beberapa hari meninggalkan opis. Mau bilang banyak keja tu, nda jugalah tapi kalau nda dibuat dengan masa yang singkat ni rasanya kelam kabut jugalah.

Minggu pertama setelah balik dari Kucing. Duduk di Opis buat dan proses permohonan Kolej pelajar2. Nasiblah sekarang ni guna sistem online...semuanya hanya dihujung jari. Mudahlah juga untuk staf membuat keja. Walaupun, ada beberapa perkara yang perlu untuk dibaiktambah.

Lagipun, bila cuti semester bermula, mulalah aku dengan staf dan SKP untuk masuk blok 'men'check segala benda di dalam bilik, blok, bilik mandi dan semualah tempat yang memerlukan untuk di periksa dan dibaik pulih.

Tempoh yang ada amat singkat dan sebab itu semua benda yang nak dibuat semuanya perlu untuk di segerakan. Tapi faham2 lah kadang2 tu ada juga yang diluar pengawasan kita dan perkara2 ini antara faktor yang menyebabkan kita 'stuck'.

Apapun, terima kasih pada semua staf UPK B dan juga SKP yang sekarang ini tengah bertungkus lumus melaksanakan kerja2 yang telah diamanahkan. Semoga kerjasama ini akan terus berkekalan dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dari masa kesemasa.

Plan lepas saja abis urus permohonan dan urusan blok. Aku ngan krew akan meneruskan kerja2 lanskap. Projek lanskap ni memang telah lama dirancangkan bagi mencantik dan mengindahkan lagi kawasan kolej Siswa ni.

Bila aku bercakap tentang Lanskap pada SKP, aku terfikirkan sesuatu diluar dari jangkaan ku.

to be continue...

Tiada ulasan: