Khamis, 4 Jun 2009

AKu & SKP

Alhamdulillah.

Selesai sudah permohonan kolej. Dan aku pasti selepas nie mesti ramai pelajar dan termasuklah ibubapa yang akan men'call' bertanyakan perkara kenapa mereka tidak mendapat kolej.

Ini satu lagi bab yang setiap semester aku kena hadapi dan bersedia untuk menjawabnya. Siap dimarahi lagi. Tapi sudah terbiasa. Bak kata orang 'alah bisa tanggal biasa'.

Kadang aku terfikir juga kenapa mereka tidak selalu beringat 'kepentingan' kolej itu pada mereka, malah ada pula diantara mereka yang buat - buat tak kisah. Dan ada juga diantara mereka yang tidak 'menghargai' kolej itu sendiri. Ini yang membuatkan aku geram.

Kita lupakanlah dulu cerita pasal kolej.

Jika kalian ingat, aku ada menceritakan perihal aku dan team SKP akan membuat kerja - kerja lanskap pada entri aku yang lepas.

Dan pada 27 Jun, selepas saja sarapan pagi.

Semua SKP berada didalam pejabat untuk sesi briefing. Dan aku memaklumkan bahawa kerja - kerja lanskap akan bermula. Semua peralatan asas telah kami pinjam sebagai persediaan.

Mereka kelihatan begitu bersemangat. Aku masih ingat pada minggu - minggu sebelumnya ada diantara SKP yang bertanyakan padaku bila kerja - kerja lanskap akan bermula. Dan sedikit sebanyak aku merasa seronok untuk membuat kerja - kerja itu.

Mulanya aku memberikan mereka tugasan untuk membuat batas dan menggambur tanah sebagai aktiviti permulaan mereka ( aktiviti pemanasan). Tambahan pula aku telah menyediakan mereka jadual di sepanjang perkhidmatan mereka sebagai SKP. Mudah.

Dan itu menjadi 'guide' bagi kami untuk melaksanakan tugasan kami. Biasalah bila kita membuat kerja - kerja lanskap ini kita tidak akan terlepas dari terdedah dengan cuaca panas. Tidak mau tidak akan memegang cangkul, skop dan sebagainya.

Melalui hari - hari mereka membuat lanskap pada hari pertama dan seterusnya . Alhamdulillah semuanya baik - baik belaka.

Aku sempat berpesan pada mereka.

'Tanam bunga kenalah juga dengan kasih sayang'. Mereka tertawa. Ialah bunyinya macam pelik. Tapi sebenarnya ada makna disebalik kata - kata itu...dan aku ingin mereka mengerti. Mungkin bukan pada hari itu tapi pada suatu hari nanti.

To be Continue...

1 ulasan:

RoyZard berkata...

Makase Jul, aku pun inda sangka juga aku boleh dpt KPLI nie, alhamdulillah. Nanti aku ada masa aku pg KK aku cari ko kita cerita'2d kadai kupi hehehe. Ada ko pg c Uwa kawin 20hb ari tu?