Ahad, 12 Julai 2009

Terkilan

Jumaat lepas aku pegi ke Fasa 3. Lebih kurang jam 10.30 pagi.

Aku betul2 tidak sangka akan berjumpa dengan 'dia' di atas tu. Dia memang nampak aku, sebab masa tu aku baru bergerak dari tempat letak kereta bersama - sama dengan seorang pelajar baru. Semakin aku hampir kearah tangga berhampiran semakin dia menjauhkan diri ( mengelak ). Aku biarkan sahaja namun hakikatnya aku memang terkilan.

Selesai urusan di fasa 3. Kami beredar ke Bukit Pentadbiran ( HEP ). Aku called dia jawab. sembang sekejap. Itu pun setelah sekian lama aku tidak meng'sms' atau menelefon dia.

Balik dari HEP naik semula ke kolej kediaman. Aku plan mau solat Jumaat di luar, lazimnya bila semester sudah bermula memang aku akan solat jumaat di luar kampus melainkan pada cuti semester.

waktu itu aku ada try call dia, tapi langsung dia tak jawab. Sabar.

Yang lagi menyakitkan hati bila sekali lagi dia terserempak ngan aq. Dan masa itu juga dia dan kawan baiknya mengelak dari ku. Pelik. Bermain difikiran ku...kenapa ar?

Terkilan memang aku terkilan. Tapi terpaksa juga aku telan dan biarlah aku simpan. Mungkin inilah ketentuan tuhan.

1 ulasan:

Purpleheart berkata...

Akak pun sama juga mengalami masalah macam kamu, entah apa salah akak dia tak nak lagi tegur, tak nak lagi balas sms dan telefon.. sedih rasa..