Isnin, 17 Ogos 2009

Gugur Taraf

Tadi pagi time pegi sarapan dengan Zul dan Abang Karim aku terima call dari kawan ( Ujang ) di Bahagian Kewangan. Dia bagi tau aku pasal status aku yang di gugur taraf ( GT ) sebagai pelajar. Dia menyangkakan aku tidak tahu berkenaan perkara ini. Lebih kurang 5 minit aku berbual dengan dia di telefon.

Aku cuba menghubungi Elny, Penolong Pegawai Akaun di Pejabat Kewangan. Berbincang dengan dia dan sedikit kekeliruan timbul bila dia menyatakan aku belum membayar yuran pada semester lepas dan bla bla bla...?!!

Dia meminta aku membawa resit bayaran yang aku bayar sebelum ini.( Nota : Resit² semester lepas ). Aku jumpa dia di pejabatnya.

Rupanya bil yang aku bayar adalah bil last semester punya. Pelik macam mana pula boleh jadi macam tu. Semester² lepas pun aku sudah bayar yuran. dan aku masih ingat lagi masa tu, aku dinasihatkan agar membuat sekali sahaja pendaftaran untuk subjek bagi memudahkan untuk sistem menjana bil yuran aku. Aku ikutkan sahaja.

Klik pada buton Bil Pelajar. Terpapar Bil yang perlu aku jelaskan ialah RM390.00. Aku Print dan membuat bayaran di Bank Islam.

Tadi aku baru tahu setelah berjumpa dengan Elny, rupanya bil yang aku kena bayar ialah Rm555.00 dan bukannya RM 390.00. Kena lagi status GT. Denda RM150.00. Tapi aku cuba bincang dengan Pihak Shah Alam dan berharap agar semuanya dapat diselesaikan.

Elny cuba menghubungi Pegawai yang uruskan hal ini di Shah Alam. Hantar Email.

Bimbang dengan keadaan itu. Aku membuat permohonan rayuan on-line agar status GT aku akan dipertimbangkan.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 12.04 Pm. Ini email yang aku terima dari Pegawai yang menguruskan hal berkenaan dengan 'gugur taraf' ( GT ) ini.

salam..
Saya akan cuba batalkan GT dan bil rm 165 akan saya jana
tq
Alhamduillah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. Amin.

Tiada ulasan: