Sabtu, 15 Ogos 2009

Hari Sabtu ku

Awal - awal pagi aku sudah bersiap untuk satu lagi tugasan sebagai MC pada hari ini.Dalam hati, aku benar² berharap agar perjalanan majlis ini akan berjalan dengan sebaiknya. Aku belum lagi menerima skrip. Aku kosong. Masih belum dapat membayangkan bagaimana flow majlis pagi ini.

Aku menyelusuri jalan masuk ke Gym untuk sampai ke Dewan Serbaguna. Di 'bus stop' aku perhatikan telah ramai pelajar yang sedang menunggu bas untuk ke Dewan yang sama.

Sementara menunggu Kak Dayang, aku hanya duduk di dalam kereta sambil memerhatikan gelagat pelajar - pelajar yang baru sampai.

Program akan bermula jam 9.00 pagi. Sementara itu, aku sudah berada di dalam dewan. Meneliti dan mebaca teks skrip untuk pagi ini.

Forum yang akan membincangkan berkenaan isu PPSMI. Panel - penel pun hebat² belaka.

Boleh dikatakan Forum yang agak grand juga disebabkan Forum ini dengan kerjasama Borneo Post salah satu pembekal news di Negeri Sabah. Cuma apa yang aku perhatikan, ianya perlu diperhalusi lagi dan semua AJK yang terlibat perlu memastikan bahawa perjalanan program tersebut berjalan dengan lebih baik. Terutama apabila melibatkan orang ( Tetamu ) luar.

Bukan mudahkan? Tapi ada caranya.

Nasib baik pelajar² sekolah, guru² dan ibubapa tidak datang.

Selesai tugas aku. Petang pula aku kena pegi kelas. Aku ambil kelas Bahasa. Aku kelam kabut. Ingatkan kelas bermula jam 1. petang. Aku sampai di Fasa 3, aku perhatikan belum ada ramai orang dan keadaan masih sunyi. Astagfirullah...rupanya kelas mula jam 2 petang. Tapi nda apalah aku datang awal boleh juga berehat sambil menunggu kelas bermula.

Minggu lepas nda dapat datang kelas disebabkan ada kursus di Tuaran. jauh disudut hati aku. Semoga Allah mempermudahkan aku untuk menerima semua apa yang diajarkan kepadaku. Amin.

Tiada ulasan: