Selasa, 18 Ogos 2009

Jadi Juri ?!

Kelmarin lagi aku sudah dihubungi oleh salah seorang MPP berkenaan dengan program pada malam ini. Pertandingan akhir Pasca Merdeka.

Aku hanya menjawab. Esok ( hari ini ) akan aku berikan jawapan.

Dan hari ini sekali lagi aku dihubungi dari HEP, orang yang sama bertanyakan perihal kelmarin. Akhirnya aku bersetuju untuk hadir ke majlis pada malam ini.

"7.30 malam ya E'cik" ayat terakhir sebelum dia mengakhiri perbualan kami.

Maknanya, aku terpaksa membatalkan program aku malam ini untuk berjalan - jalan di KK mencari beberapa benda yang ingin ku bawa pulang ke kampung di tangguhkan untuk esok hari.

Dan malam ini aku kena jadi juri. Jadi, sebelum pegi dewan kena 'kosong'kan fikiran. Semoga di permudahkan dalam membuat keputusan.

Tiada ulasan: