Khamis, 13 Ogos 2009

MC & F.O.C

Hari ini jam 8.00 malam ada majlis makan malam di Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu. Aku awal² sudah di informed oleh kawan aku untuk bertugas masa tu.

Mulanya aku hanya meng'iya'kan sahaja disebabkan aku takut ada kerja² lain yang lebih mendesak untuk aku selesaikan nanti susah pula sebab sudah bagi komitmen pada kawan tu.

Petang tadi lebih kurang dalam jam 2 petang aku cuba menyiapkan skrip untuk mc bagi majlis malam tu. Aku sudah 'set' kan masa untuk menyiapkan skrip tu sebelum jam 4.30 petang. Alhamdlulillah semuanya selesai juga seperti apa yang dirancangkan.

Aku kena bertugas untuk majlis perasmian dan penutupan sempena Seminar Pengurusan dan Penyelengaraan Padang Sukan siri 4, 2009 Anjuran Pusat Sukan UiTM Malaysia dengan kerjasama Unit Sukan UiTM Kampus Kota Kinabalu dan sokongan Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bermula pada hari ini dan berakhir pada esok untuk majlis penutupan.

Aku bertolak jam 6.30 petang, durang minta aku datang awal untuk bincang beberapa perkara sebelum majlis bermula. Aku singgah sekejap di Masjid Bandaraya untuk solat maghrib sebelum meneruskan perjalanan ke Berjaya Palace Hotel.

Masa rehat jam 1 petang tadi aku terima call dari seorang lagi rakan yang memberitahu aku berkenaan dengan program hari Sabtu ni. Tapi kali ini skrip durang yang akan sediakan. Maknanya aku just baca sajalah. Mudah. Tapi masih bermain difikiran aku, apakah programnya?

Maknanya 3 hari berturut² aku kena bertugas untuk jadi MC . Lumayan bunyinya kan?!

Tapi...Just wait and see sebab sudah lama aku F.O.C.

Tiada ulasan: