Rabu, 19 Ogos 2009

Pasca Merdeka

Program semalam tamat lebih kurang jam 10. malam. Biasalah lepas program ada sedikit jamuan disediakan. Tapi aku sudah plan untuk makan di luar sebaik sahaja selesai program. Aku mesej Usman.

My Housemate pun join sekali. Dan akhirnya kami berempat termasuk Jali pegi ke KK mencari makan. Balik rumah jam 12 tengah malam. sambung menulis entri ini.

Berbalik kepada cerita tentang program semalam. Seramai 5 peserta akhir yang berentap semalam untuk menentukan siapakah yang bakal Juara. Bunyinya kedengaran hebat. Seakan Juara lagu. Tapi itulah realiti kehidupan di kampus bagi pelajar - pelajar yang sentiasa di penuhi dengan pelbagai bentuk dan jenis aktiviti. Pertandingan ini merupakan salah satu platform untuk mencungkil bakat - bakat terpendam para siswa dan siswi.

Memang diakui mereka punya suara yang sedap. Dan ada yang Mantap.

Melalui program sebeginilah mereka diberikan peluang serta ruang untuk mereka mengasah bakat mereka dari terus terpendam. Sebahagian daripada mereka juga ada yang pernah mencuba nasib dengan pertandingan - pertandingan di luar termasuklah program realiti TV yang ada di Malaysia.

Lazimnya bagi peserta yang digelar 'pemenang' sudah pasti akan mendapat undangan bagi program - program anjuran Universiti sama ada didalam atau di luar kampus. Meskipun ianya kelihatan kecil tetapi ini juga merupakan salah satu cara terbaik untuk mereka memperbaiki mutu persembahan di khayalak ramai.

2 Buah lagu dipersembahkan oleh kesemua 5 peserta Pasca Merdeka. Lagu wajib sudah pasti lagi - lagu patriotik dan satu lagu bebas.

Keadaan dewan penuh dengan kehadiran pelajar. Sorakan kedengaran sebaik sahaja 'calon' dari program mereka beraksi dipentas.

Juara bagi Pasca Merdeka 2009 telah pun diketahui. Tahniah di ucapkan kepada pemenang. Dan bagi mereka yang kalah. Anggaplah ini sebagai satu kejayaan yang tertunda.

Tiada ulasan: