Jumaat, 14 Ogos 2009

Penat Tapi berbaloi

Beberapa hari lepas aku menerima call dari Staf InED. Aku dimaklumkan bahawa nama aku dalam senarai pelajar yang digugur taraf. Mungkin kata staf berkenaan aku belum membayar yuran. Dan aku memaklumkan beliau bahawa bayaran yuran telah aku jelaskan di Bank Islam pada 30 Julai 2009.

Setelah mendengar penjelasan dari ku, beliau meminta agar aku memaklumkan pihak kewangan agar mengemaskini agar status 'gugur taraf' tersebut dimansuhkan.

Tindakan aku seterusnya aku hantar email kepada Pegawai Kewangan yang dimaksudkan, namun selang beberapa jam email ku tidak berbalas, aku cuba menghubunginya dan aku dibagi tahu bahawa pegawai tersebut kini berada di Shah Alam dan akan balik ke Sabah pada hari ini ( Jumaat ).

Tadi sampai jak di rumah, aku sekali lagi 'ter'baca pada salah satu post di website berkenaan dengan pelajar yang 'gugur taraf'. Dan kali ini bila aku check memang ada nama aku. Nampak gayanya Isnin depan ni mau di uruskan balik pasal status aku nie.

Hari ini aku nda sempat untuk menguruskannya lagipun hari ini aku sekejap saja berada di pejabat ( pagi ) dan sebelah petang pula aku bergegas untuk Majlis Penutupan seminar Pengurusan dan Penyelenggaran Padang di Palace Hotel Kota Kinabalu. Selesai tugas.

Dan sebelum ke jamuan petang itu, aku dimaklumkan oleh salah sorang dari rakan (pihak penganjur ) akan bagi sedikit token atas apa yang telah aku lakukan. ( Nota : entri aku sebelum ini MC & F.O.C berkaitan ).

Alhamdulillah.

Esok aku ada 'Job'. syukur kehadrat Ilahi atas apa yang telah diberikan ini.

Tiada ulasan: