Selasa, 11 Ogos 2009

Pulih

Alhamdulillah. Hari ini aku beransur sihat. Meskipun masih ada lagi rasa gatal untuk batuk tapi tidaklah seteruk kelmarin. Selsema pula yang aku rasa makin menjadi.

Rasa panas badan dan ketidakselsaan aku pun makin berkurangan. Syukur alhamdulillah. Malam yang aku demam tu memang aku sedikit risau, tambah² lagi pasal H1N1 ni. Sempat juga aku membuat pemeriksaan di Unit Kesihatan.

Hari ini aku dapat melakukan kerja - kerja di opis seperti biasa. Esok jam 9 pagi ada 'site visit' di Berjaya Palace Hotel untuk program Seminar Pengurusan Padang yang akan diadakan selama 2 hari bermula 13 Ogos. Biasalah, tugas aku sebagai 'MC'. Harap² semuanya akan berjalan dengan lancar. InsaAllah.

1 ulasan:

teratai biru berkata...

get well soon ya..