Jumaat, 14 Ogos 2009

Selamat Ulangtahun Wawa.

Tepat jam 12 malam. Alarm Hp ku berbunyi. Bday wawa rupanya. Anak buah aku yang sulung.

Selamat ulangtahun untuk Wawa @ Najwa semoga panjang umur dan murah rezeki, menjadi anak yang solehah yang taat pada Allah dan kedua orang tuanya, Diberkati serta dirahmati, dijaga dan dilindungi OlehNYa sentiasa, Diberi kesihatan yang berpanjangan, berjaya di dunia dan akhirat dan selamat di dunia dan akhirat. Begitu juga untuk seisi keluarga. Amin.

InsaAllah jika tiada aral melintang aku ingin pulang ke kampung sebelum puasa ini bermula. Aku ingin sekali merasai saat menyambut kedatangan puasa bersama - sama dengan keluarga di Kampung.

Ya Allah permudahkanlah aku dalam segala urusan ku. Amin.

Tiada ulasan: