Isnin, 10 Ogos 2009

Tuaran Beach Resort & 1B

07 - 09 Ogos : Bengkel di Tuaran Beach Resort.

Kali ini sekali lagi kami menghadiri bengkel KIK, jemputan penceramah dari Shah Alam. Alhamdulillah banyak juga input baru yang kami dapat dan banyak ilmu yang kami timba berkenaan dengan KIK.

Hari terakhir bengkel ( 09 Ogos ) aku nda dapat sertai kerana terpaksa pulang awal untuk membuat persiapan. Teks MC aku belum siapkan. Keluar dari Tuaran Beach Resort aku bersama dengan seorang rakan sekerja menuju ke Pekan Tuaran untuk singgah sekejap di kedai gunting rambut.

Jam menunjukkan 10. 45 pagi, aku 'cansel' gunting rambut disebabkan aku belum menyiapkan teks dan terus bergegas balik.

Fifi Called. Dia bagi tau dia sudah berada di 1B. Aku jadi kelam kabut. Skrip separuh siap aku print di pejabat. Selesai. Aku bersiap dan terus bergerak ke 1B.

Selesai program Hari Bersama Media, petang itu ada lagi jemputan kenduri di Rumah DR. Kadir.

Alhamdulillah.

Tiada ulasan: