Rabu, 12 Ogos 2009

Yang dirancang...

Sudah plan ngan Usman untuk pegi jogging petang ni di Kompleks Sukan Likas. Batuk² pun aku bawa juga untuk berjogging. Cuaca elok jak. Alhamdulillah.

Macam biasa bila sampai tempat jogging mesti terjumpa ngan Jai Classmate masa study dulu. Dia boleh dikatakan hari² singgah di sana sebelum balik umah. Patutlah nampak badan dia makin slim aku juga yang kembang ( Nota : gemuk )

Balik jogging petang tu singgah jap di Linatasan Market beli barangan dapur untuk santapan malam tu.

Ain Seketariat JPK mesej aku siang tadi dia nak jumpa sebab mau bincang pasal program yang dia tengah aturkan. Disebabkan itu jugalah aku kena balik awal. Takut orang tertunggu² pula.

Alhamdulillah semua perkara hari ini berjalan dengan baik. Urusan di HEP pun 'Ok'. Surat tunjuk sebab kepada Pengarah berkenaan dengan LO pun sudah keluar dari opis Pengarah dan dihantar kepada Kewangan. Kesian gak pada Miz Wong sebab payment dia belum clear lagi.

Semoga semuanya akan berjalan dengan baik. InsaAllah.

Tiada ulasan: