Sabtu, 5 September 2009

Ku Rasai

Alhamdulillah. Akhirnya aku selamat sampai ke destinasi. Lebih kurang jam 8.30 pagi kami sudah pun sampai ke kampung halaman. Ini minggu ke-3 aku balik ke kampung dalam bulan puasa ini. 6 Jam perjalanan dari kota Kinabalu ke Sandakan. Aku balik ni pun ada sebab...ada benda yang nak di selesaikan sebelum tibanya 1 syawal. Aku benar - benar berharap agar semuanya akan berjalan dengan sebaiknya. InsaAllah.

Kelmarin aku kelam kabut seketika untuk mencari beberapa kelengkapan yang ingin dibawa pulang.

Dan syukur alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan ku kelmarin. Bermula dari urusan di Bank yang mengalami sedikit kesulitan. Pastinya urusan lain juga akan tergendala jika aku tidak dapat mengatasi masalah ini.

Bincang dengan Zul, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Alliance Bank di Penampang, dalam perjalanan dari KK ke Penampang, jam menunjukkan jam 12 setengah tengahari . Waktu solat Jumaat kian hampir. Asalnya aku ingin menyelesaikan dahulu permasalahan yang aku hadapi kerana khuatir aku akan terlewat dan semuanya yang dirancangkan akan menjadi lambat. Aku plan nak balik kampung Petang tu. Bermakna aku perlu menyelesaikan semua perkara petang itu.

Kita hanya mampu merancang, namun tuhan yang menentukan.

Aku ubah fikiran dan terus meninggalkan pekan Penampang untuk melakukan 'perkara utama' terlebih dahulu di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang.

Alhamdulillah. Satu persatu aku cuba untuk menyelesaikannya. Dan terasa seperti satu keajiban telah berlaku. Hanya ungkapan Alhamdulillah sahaja yang bermain di bibirku.

Satu persatu perkara yang perlu untuk diselesaikan, aku cuba selesaikan. Dan semua barang yang ingin aku bawa pulang pun sudah ada dalam kereta.

Dalam perjalanan menuju ke satu destinasi terakhir sambil mencari tempat untuk berbuka puasa. Masih terngiang - ngiang di telinga ku apa yang diperkatakan oleh staf yang menjaga kaunter di "tet" berkenaan dengan tujuan untuk aku berjumpa dengan Timbalan Pengurus di situ. Tapi aku tidak putus semangat. Apa yang diperkatakan oleh kakak tu langsung tidak aku rasai. Malah dia ( Timbalang Pengurus ) itu cuba untuk membantu aku.

Ya Allah, Ya Tuhan ku terima kasih kerana mempermudahkan semua urusan ku.

Tiada ulasan: