Khamis, 3 September 2009

Ramadhan ini

Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari 13 Ramadhan. Ini bermakna hari ke -13 umat islam berpuasa. Terasa cepat masa berlalu. Semoga Ramdahan kali ini akan memberikan kita keberkatan. InsaAllah.

Aku mengambil kesempatan pada kali ini untuk 'jejak masjid' bagi menunaikan solat terawih. Jika dulu aku bersama dengan housemate aku Ajimi akan melakukan 'Jejak masjid' bersama - sama. Tapi tidak pada kali ini.

Misi 'Jejak Masjid' aku pada tahun ini bersama - sama dengan Usman, Ghazali dan Nik mencari masjid di sekitar KK untuk kami solat terawih. Alhamdulillah. Aku rasa best sangat dan berharap rakan - rakan lain turut serta dengan aku pun merasai perkara yang sama.

Masjid Negeri, Majis Nurul Hikmah ( Bukit Padang ), Masjid di Perumahan Kastam, Masjid UMS, Majid di Kampung Likas KK antara beberapa masjid yang telah kami pegi. InsaAllah jika diberikan keizinan banyak lagi masjid yang ingin di jejaki. Pusat Islam ( UiTM Sabah ) juga akan ada dalam senarai dan akan di kunjungi.

Ramadhan tahun ini aku sempat balik kampung untuk menyambut puasa pada hari pertama bersama - sama dengan keluarga. Lagi pun, dapat menunaikan solat terawih di Kampung bersama - sama dengan rakan - rakan lain. Ya Allah, aku bersyukur sangat² dengan keiizinan Mu untuk aku berada di sisi keluarga ketika itu. Meskipun aku tahu ada di kalangan kita yang tidak berkesempatan untuk berbuat begitu. Mudah - mudahan suatu hari nanti kalian juga dapat menikmati saat manis seperti itu.

Aku bersama - sama pakcik aku ( Tamrin ) dan sepupu aku ( Nasir ) balik ke Kampung dan pada puasa hari ke -3 kami bertolak balik ke KK.

Dan kebetulan pula pada hari Isnin lepas adalah hari cuti Kemerdekaan ( 31 Ogos ). Aku sekali lagi mengambil peluang untuk balik ke kampung ( Kg. Kolapis Darat, Beluran, Sandakan ).

Alhamdlulillah, plan untuk balik ke kampung yang di rancang ini berjalan dengan baik. Syukur alhmadulillah. Pakcik aku dan sepupu aku sekali lagi turut serta bersama - sama untuk balik ke Kampung. At least tidak juga aku keseorangan memandu.

Lagi pun, aku balik kampung sebabkan sibuk menguruskan beberapa kelengkapan rumah yang perlu untuk disiapkan sebelum menjelangnya 1 Syawal. InsaAllah aku harap agar semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Dan yang membuatkan aku suka sangat untuk balik kampung sebab adik - adik aku mau sangat aku balik kampung bagi durang semangat untuk berjualan juadah untuk berbuka puasa di laman rumah. Alhamdulillah, walaupun di sekitar kampung namun jualan juadah mereka nampaknya laris belaka. Malah ada yang siap menempah awal. Dan aku juga mencadangkan agar gerai² tersebut akan terus diusahakan seperti biasa walaupun bukan pada bulan Ramadhan. InsaAllah bila siapnya kedai depan rumah bolehlah di'pergiatkan' aktiviti niaga mereka di sana. Salah satu impian ku bersama - sama keluarga dan akhirnya bizniz kecil²an telah dimulakan dan semoga ianya akan terus berkembang maju. Amin.

Desa Keluarga Enterprise. Erm...semoga peluang dan ruang akan sentiasa terbuka. InsaAllah.

Di Bulan Ramadhan ini juga aku punya cerita yang amat mencuit hati TETAPI membuatkan aku Panik seketika. Berlaku pada 7 Ramadhan ( Jumaat 28 Ogos )...Nanti aku cerita.

Apapun, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita akan sentiasa mendapat keberkatan dari Nya. Amin.

Tiada ulasan: