Rabu, 11 November 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Hari ini hari ke - 2 aku menghadiri kursus yang dianjurkan. Kemarin kami diminta untuk mencari topik untuk dibentangkan pada hari Jumaat.

Sampai tengahari tadi aku masih lagi belum ada idea. Blank.

Fikir² punya fikir akhirnya aku dapat juga idea untuk topik aku. Syukur alhamdulillah.

Fasilitator benarkan kami balik awal. Dan aku singgah sekejap di HEP untuk menguruskan berkenaan dengan SKP. Selesai.

Balik rumah sakit pula kepala aku. Nak kena basuh baju lagi. Banyak keja mau diselesaikan. Aku kalau boleh nak elakkan dari keja bertangguh ni. Aku risau akan penyakit 'bertangguh' itu bermaharajalela hinggakan aku juga yang akan merana.

Ya Allah aku bermohon pada mu jadikanlah hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini. Amin

Tiada ulasan: