Sabtu, 7 November 2009

Apa sudah jadi

Erm. Kemana hilang kerajinan ku selama ini untuk mengupdate blog 'Teratak" ku ini. Last entri ku 09.09.09. Hampir 2 bulan aku tidak mengemaskini entri - entri terbaru disini.

Apa tidaknya dalam bulan puasa jak sibuk ngan hal - hak untuk menyiapkan rumah. Tiap hujung minggu disepanjang bulan Ramadhan aku balik ke kg ( Kg. Kolapis Beluran Sandakan ). Rumah mesti disiapkan sebelum raya adil fitri menjelang tiba. Sampai ada yang ingatkan aku balik untuk bertunang. He3x.

Dari mengatur untuk menukar tukang hinggalah mencari kelengkapan / peralatan rumah yang perlu disediakan semua itu aku kena lakukan. Syukur alhamdulillah adik lelaki ngan bapa aku membantu untuk mencari papan dan kayu 'beruti' di Telupid.

Cuti raya hari tu pun aku balik awal.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Syukur padaNya kerana mempermudahkan semua urusan ku.

Balik dari bercuti, sudah semestinya kerja - kerja yang tertinggal menunggu dan aku sibuk seketika untuk menguruskan semuanya itu.

Sekarang ni ( Nov ) peperiksaan dalaman UiTM sedang berjalan. Dan kami pula akan mula sibuk disebabkan pelajar - pelajar yang akan balik bercuti. Maknanya full lah aktiviti ni. He3x. Tapi bestlah juga.

1 ulasan:

Aierey berkata...

sma la boss..huhuhu..aku pun baru² jak m'update ni