Isnin, 9 November 2009

Disebalik Perpisahan

Perpisahan antara perkara yang semua orang tidak suka. Tapi ada juga yang suka atas dasar mungkin jika itulah yang terbaik buat mereka. Namun, dalam konteks ini, aku mengambil pendekatan dalam perhubungan sesama kawan yang amat rapat dengan kita.

Bicara pasal ini terasa amat berat bagi aku. Perasaan inilah yang aku paling tidak gemar sekali. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu agar jadikanlah perpisahan ini satu perpisahan yang Engkau rahmati.

Dalam hal ini sudah pasti aku akan mengambil sedikit masa untuk kembali kepada keadaan yang sediakala. Dan berfikir secara positif dan sentiasa mengingatkan pada diri sendiri bahawa semua ini pasti ada hikmahnya.

Cuma ada sedikit rasa terkilan di sebalik semua ini. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika ini.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Amin.

Tiada ulasan: