Ahad, 8 November 2009

Ketentuan

Hari ini aku keja macam biasa. Hujung minggu aku habiskan di pejabat. Masa ni pelajar - pelajar sudah ada yang mau pulang ke kampung untuk cuti semester. Aku, zul & Kak Saria sahaja yang dapat turun keja. Abg Karim & ibu ada urusan sendiri.

Mujur tidak ramai juga pelajar yang membuat 'check out' hari ini. He3x.

Plan petang tadi mau pegi jogging. Terbatal pula sebab hujan. Terus tukar plan lagi. Aku, Usman dan nasir ( sepupu ) ambil my uncel di Inanam dan singgah jap di Jayen.

Menu untuk makan malam ikan goreng. Bercakap pasal makan ni, sebenarnya aku berusaha untuk menurunkan berat badan. Awal bulan ini ( Nov ) aku memang nekad untuk memastikan berat badan aku akan turun. InsaAllah. Disiplin. Itu kata kunci yang aku pegang. Dulu aku pernah berazam untuk berdiet. Tapi tidak menjadi.

InsaAllah, kali ini akan memberikan hasil. Diet + Jogging = kesihatan terpelihara. Amin.

Tapi bila balik rumah. Aku terasa sedikit kehilangan. Sedih.

Telah tiba masanya. Hakikatnya aku terpaksa menerima ketentuan ini.

Tiada ulasan: