Jumaat, 13 November 2009

Lega

Alhamdulillah. Puas hati aku bila telah selesai membuat pembentangan petang tadi. Kemarin aku dan rakan - rakan lain berhempas pulas untuk menyiapkan kerja - kerja pembentangan dan juga written assessment.

Nasib baiklah written assessment dipanjangkan sehingga hari Isnin depan. Dan kesemua peserta pun telah membentangkan tugasan mereka dengan sebaiknya. Tadi, lepas solat Jumaat, sambil - sambil menikmati hidangan makan tenghari di restoren nasi ayam, aku menerima mesej dari Encik Nizam ( Fasilitator NIOSH ) yang telah membimbing kami selama 3 hari bermula dari 10 Nov yang lepas.

Salam kaffali. Mcmana presentation hr ni? Ramai yg bg2 kan?

Apapun, semua lega setelah selesainya membuat pembentangan. Siap kena bagi CD lagi.

Tiada ulasan: