Selasa, 10 November 2009

Pack & Persepsi

Kemarin aku start menghadiri kursus Traning The Trainers ( TTT ). Program bermula dari 10 - 13 Nov dan mula dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang.

Diawal kursus seperti biasa kami diberikan taklimat berkenaan dengan perjalanan Program. Kursus dikendalikan oleh pihak NIOSH. Selama beberapa hari ini kami akan bersama dengan Encik Nizam ( NIOSH ) yang menjadi pemudahcara sepanjang kursus ini diadakan.

Bestnya sebab banyak juga benda baru dipelajari disamping dapat makan free. He3x.

Berbeza kali ini, setiap peserta akan diberikan tugasan ( homework ) dan kerja - kerja tersebut perlu diserahkan pada hari Jumaat untuk di nilai. Dan peserta juga akan membuat pembentangan individu di hari terakhir kursus untuk menunjukkan samada peserta akan 'competent' atau tidak. Jika "ya' syukur alhamdulillah dan jika 'tidak' kena 're-set' pula.

Selesai program petang tu, aku, Yati dan Encik Nizam menuju ke Wisma Merdeka ( KK ) gara - gara nak makan sangat dengan Tapayaki ( makanan jepun ). Sedap !.

Balik dari hantar Encik Nizam, aku masuk opis sekejap. 'Clear'kan mana - mana keja yang perlu untuk diselesaikan. Sebelum balik ke rumah. Sempat lagi aku juga membuka Facebook dan amat mengejut sekali kerana tanpa aku sangka² rupanya ada cerita yang benar² merubah persepsi aku pada seseorang. Begitu rupanya.

Cakap tidak serupa bikin. Itu yang aku mampu bisa jelaskan tentang persepsi aku pada 'orang ' itu.

Tiada ulasan: