Khamis, 31 Disember 2009

Bila 'Azam' datang !!!

Salam 1 Malaysia.

Terperap. He3x. Mau cakap buzy nda juga mau cakap nda busy nanti ada pula yang nda percaya. He3x. Tapi hakikatnya lama juga aku tidak meng'update' Teratak ini.

Masa berlalu. Sekarang sudah pun berada di bulan terakhir untuk tahun 2009. Hanya tinggal sehari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2010.

"AZAM", perkataan yang paling popular tiap² kali hujung tahun. Aku secara peribadi punya cerita sendiri dalam menjalani kehidupan di tahun 2009 ini. Semua kita pun sama. Pastinya ada suka dan suka di tahun ini. Apapun, sama²lah kita berdoa semoga kita bisa menghadapi hari - hari yang akan datang ini dengan sebaiknya. InsaAllah. Amin.

Tiap kali hujung tahun pasti aku teringat peristiwa yang mencuit hatiku beberapa tahun yang sudah. Mungkin juga ada yang pernah mengalami situasi sebegini dan mungkin juga ada yang tidak pernah. Aku kongsikan bersama - sama kalian yang ada bertandang ke Teratak ini.

Kerja aku biasa saja. Tapi setiap kerja itu kecil atau besar pasti ada cabarannya tersendiri. Pasti ada risikonya tersendiri dan bermacam - macam lagilah.

Mau dijadikan cerita, satu hari tu adalah seorang pelajar siswi ni datang jumpa aku. Wajah suram. Aku yakin dan percaya pelajar ini datang dengan penuh harapan iaitu untuk mendapatkan kolej. Bila dia menceritakan segalanya. Tekaan aku betul. Aku mendengar dengan baik setiap patah perkataan yang dibiacarakannya.

Sebagai manusia biasa. Aku juga ada rasa simpati. Tapi biasalah bila kita kerja kita punya peraturan yang mesti kita patuhi. Budi bicara bisa digunakan tapi mesti pada masa dan keadaan yang sesuai untuk menggunakannya. Sapa² yang sudah bekerja mesti tahu akan hal perihal ini. Dan bagi kalian yang masih lagi belajar ni...nanti akan merasa juga dan akan mengetahui sendiri apa yang aku cuba perkatakan disini.

Pelajar siswi yang duduk dihadapan ku berusaha untuk menyakinkan aku dan bersungguh - sungguh untuk mendapatkan keputusan dari ku.

Bincang punya bincang. Dan sebelum pelajar itu beredar. Dia sempat bertanya.

Pelajar : Jadi encik, bilalah keputusannya tu saya boleh tau?
Aku : Tahun depanlah, Jawabku selamba
Pelajar : Hah !!! ( dengan nada terkejut ) Lama juga encik? dia tanya aku balik.
Aku : Esok kan dah tahun depan, jawabku lagi.
Pelajar : Hehehehe...lupa pula en.
Sambil tersengeh² pelajar tersebut meninggalkan aku. He3x. Selesai.

Alhamdulillah. Syukur padaNya kerana diberi kesempatan sehingga ke hari ini. Dipanjangkan usia, diberikan kesihatan semoga ianya akan berterusan. Amin.

Erm...jam 1.40 pagi sudah. Esok aku kena keja lagi. Banyak juga yang ingin aku ceritakan disini.

InsaAllah, "Tahun depan" aku akan menulis lagi. He3x. ( jgn fikir lama pula ) Tahun depankan esok. He3x.

Salam Tahun baru 2010 untuk semua.

Tiada ulasan: