Khamis, 28 Januari 2010

2 Cerita

Hari ini adalah hari pembuangan undi bagi semua pelajar UiTM Sabah.

Pembuangan undi di buat di dua tempat :-

1. Makmal baru ~ Fakluti Sains Gunaan
2. Fast Track - Semua Fakulti

Bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 5 petang masa yang diberikan kepada semua pelajar untuk mengundi calon dari Fakulti mereka masing². Undian ini lah yang akan menentukan siapakah calon yang akan menyandang jawatan dalam Organisasi JPP sesi 2010 / 2011 kali ini.

Pembuangan undi menggunakan sistem e-Voting. Cuma ada segelintir pelajar sahaja yang tiada dalam sistem dan terpaksa menggunakan cara manual. Itu pun hanya di Fakulti Sains Gunaan.

Tugas aku petang tadi senang saja. Tukang bagi minuman & bun.

Sepatutnya aku bertugas untuk jaga Program DBS. Tapi disebabkan ada orang yang sukarela untuk melaksanakan tugas tersebut, aku teruskanlah kerja aku untuk mengagih - agihkan minuman dan kuih bun. Penat jugalah rasanya.

Jam 5 petang kami tutup kaunter. Bersedia untuk proses kira undi. Debaran kian terasa bagi semua calon yang bertanding.

Adat bertanding ada kalah dan ada yang menang.

Tiada ulasan: