Sabtu, 30 Januari 2010

Al - Fatihah

Pagi tadi hantar adik aku pegi terminal di Inanam. Dia balik kampung ( sandakan ) sebab ada ujian JPJ.

Hari ini aku luangkan masa di rumah. Buka laptop dan aku mesti siapkan kertas kerja untuk beberapa aktiviti yang bakal dianjurkan pada bulan Feb dan Mac nanti. Pening juga kepala aku bila memikirkan banyak perkara yang harus aku selesaikan dalam masa yang sama.

Petang aku plan untuk jalan ke City Mall mau cari kasut. Masa berlalu, aku masih lagi duduk didepan laptop sambil menyiapkan bajet yang masih belum selesai. Akhirnya, tidak kesampaian hajat untuk ke City Mall.

Lebih kurang jam 8.55 malam aku menerima panggilan dari my Boss. Terkejut aku bila mendengar kabar yang disampaikan sebentar tadi. Berderau darahku. Tidak lama kemudain housemate ku pula menghubungiku. Berita yang sama diberitahu.

Fikiran ku terus teringatkan pada rakan yang membawa rombongan untuk buat program di Kiulu. Dan memang benar, pelajar yang dimaksudkan adalah dari kumpulan yang aku maksudkan.

Bersiap.

Aku, Ujang dan Ardey pegi ke QEH. Faccy dan Abg Saifuddin bergerak sama cuma mereka menggunakan ambulans.

Sampai di Hospital ( Bilik Mayat ) kelihatan Pengarah bersama - sama dengan Dr. Has, Ustaz Rosmat, Tuan Haji Poazi dan Ustaz Arshad sudah berada di perkarangan bilik tersebut. Dan kelihatan juga beberapa orang keluarga pelajar sudah berada disana.

Lebih kurang jam 1.30 lebih kami balik dan sampai di Kampus. Letih sangat².

Cuma dikesempatan ini, marilah kita sama - sama mendoakan semoga roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama - sama dengan orang - orang yang beriman.

Al- Fatihah.

Tiada ulasan: