Isnin, 11 Januari 2010

Cerita di Hari Isnin

Hari ini masuk minggu ke-2 tahun baru.

Seperti biasa. Masuk opis dan selesaikan mana - mana perkara yang perlu untuk diselesaikan. Hari ini juga aku bercadang untuk balik awal sebab nak kena ambil adik aku lagi di Inanam. Takut jalan sesak.

Sejak beberapa hari ini aku rasa badan aku letih sangat. Minggu ni juga aku kena semak balik jadual kuliah aku. Semester ini aku kena masuk kelas semula setelah satu semester aku cuti dari pengajian.

Malam ini aku ada kelas 'Malaysia Ekonomi', bermula jam 7 - 10.00 malam di Fast Track. Aku harap aku dapat melalui kuliah pada semester ini dengan sebaiknya. Dan semoga dipermudahkan untuk aku menerima apa yang diajar.

"Ya Allah permudahkanlah aku. Amin"

Tiada ulasan: