Sabtu, 2 Januari 2010

Hakiki & Hakikatnya

Hari ini adalah hari yang dinanti oleh semua pelajar kolej. Hari ini adalah hari pertama pendaftaran sebelum memulakan semester baru di tahun baru. Mood pelajar masih mood bercuti.

Hari ini juga banyak karenah pelajar yang aku kena hadapi. Tapi benda ini bukan baru bagi aku. dan aku sudah biasa menghadapi semua perkara ini. Cuma bila berdepan dengan benda² begini dengan kes² pelajar yang merayu untuk dapat kolej membuatkan otak aku ligat berfikir dan aku letih dan impaknya aku keseluruhan badan aku pun ikut lemah. He3x.

Apa tidaknya. Setiap apa yang kita nak cakap pun kena hati². Lainlah kalau yg memang tubal tu. Pedas sikitlah jawabnya. ( nota : tubal = keras kepala, bahasa pasar )

Jujur. Bukan senang bagi aku untuk mengatakan "iya. kamu tidak dapat kolej".

Lumrah. Bila mereka datang dengan mengatakan "En. saya datang dari jauh, tiada keluarga sini"..."masalah kewangan" dan macam² lagi alasan yang aku dengar. Semua alasan² itu sudah aku dengar sejak aku mula² kerja pada tahun 2002. Alasan yang sama, cuma orangnya saja yang berbeza.

Aku hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan padaku.

"Ya Allah, Ya Tuhanku permudahakanlah aku dalam melaksanakan tugas² yang telah diberikan dan permudahkanlah aku dalam membuat apapun keputusan. Amin.
Jangan pula aku yang dipersalahkan."
Cubalah belajar untuk menghargai apa yang kita ada dan jagalah iya sebaik²nya.

Tiada ulasan: